Sunday, 12 April 2015

Putus Asa dalam Ujian Buatan Manusia?

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia..

Huh kechiwa menangeh aek mata darah weyy ~~ Pasai pa?

Sebab aku isi UPU Online semberono!! Dah lah tak dapat nak kemaskini (sebab line lembab haramjadah) . Aku isi pun dekat library (limit masa sejam). Apa lagi, tergesa-gesa aku isi. Balik je rumah, ayah aku marah tegur "kenapa tak tunggu ayah balik baru nak isi?"

Aku apa lagi? Tersipu sipu malu hahahaha. Sebelum aku isi UPU Online, aku ada lah jugak try nasib pergi website Universiti Malaya mohon dekat sana. Pun ayah aku marah tegur jugak sebab keempat empat pilihan tu semua aku letak program Pengajian Bahasa Melayu. Cuma lain-lain bidang lah, Ada yang Kesusasteraan Melayu, Sosiobudaya Melayu and dua lagi aku tak ingat.

Actually aku putus asa jugak nak isi upu bagai ni. Waktu aku habis form five (tak silap aku tahun 2012) kemain kemaruk nak masuk uni ambil diploma. Isi punya isi tak dapat. Matriks pun sama. Isi punya isi tak ada hasil jugak. Last-last, ayah suruh aku masuk Form Six.

And Alhamdulillah pengajian pom six aku memang tak mengechiwakan. Sebab aku aliran sastera. Yang bezanya, STPM kali ni adalah sistem modular. Setiap enam bulan akan ada exam. Thats mean kitorang ada tiga Semester lah (setahun setengah)

Walaupun aku budak sastera, subjek pun orang tengok senang tapi hakikatnya resultnya macam tu jugak lah. Tak segempak mana.



Hasil keputusan STPM sebenar aku, aku cuma dapat pointer 4.00 2.84 je. Ha ni overall result aku :

1. Pengajian Am - B
2. Bahasa Melayu - A-
3. Sejarah - B-
4. Pengajian Perniagaan - C

Obviously, yang mencacatkan result aku adalah PP (sebab aku tak suka subjek berniaga ni, kalau subjek akaun aku boleh lah hadam). And, subjek BM tu aku dah boleh dapat full A sebenarnya. Tapi, disebabkan Sem 3 aku aktif sangat (join pertandingan bahas punya pasal) aku dapat C+ !! Sedangkan Sem 1 dgn Sem 2 cantik dah dapat A penuh.

Sedihhhhh


Tapi, nak buat macam mana kan ~~ redha je lah ..

Terkadang jalan perjuangan kita tidak semestinya dihamparkan permaidani indah. Kalau ada sekalipun, pasti di atas permaidani tersebut ada paku-paku kecil. Kalau kita dapat elak, baguslah. Tapi, kalau tak dapat? Tantu kita kesakitan dan tak dapat teruskan perjalanan.

Kalau setakat ujian dunia yang direka oleh manusia sendiri waima kita gagal sekalipun, jangn sedih. Sebab, Allah dah katakan pada kita ilmu akhirat itu lgi penting. ;")



Teringat kata-kata sahabat aku, Tok Wan. Segala yang kita pelajari di sekolah ataupun universiti tu bukannya ilmu, tapi ia adalah maklumat. Kalau nak cari ilmu yang sebenarnya, Al Quran dan Hadis dalah sebaik-baik ilmu.


Dunia ni pun ibarat tempat persinggahan dan kita pulak adalah sang musafir. Tugas kita yang sebenarnya adalah untuk cari bekalan sebanyak yang mungkin untuk kegunaan kita dekat akhirat kelak.

Sampai sekarang, aku ingat pesan abang aku. Kalau nak berjaya, kena utamakan Allah dulu. 

Aku pun hampir-hampir putus asa sebab tak pernah dapat result gempak (salah aku jugak, tak belajar betul-betul). Tapi, kenapa kita harus fed up terlalu cepat? 

Check balik hubungan kita dengan Allah? Rapat kah? Ke ingat Allah waktu susah je? Atau tak ingat langsung?

So, kena ingat. kita kejar ilmu Allah sebab kita ini hamba Allah. Nak syurga kan? hehehe 

Tak payah risau sangat kalau tak dapat masuk U ke, tak dapat further study ke. Allah dah sediakan perancangan lebih baik untuk kita tau. So, sentiasa lah bersyukur ~~


Alright sekian untuk hari ini. Assalamualaikum ;)


No comments:

Post a Comment