Friday, 25 December 2015

UMS-ians

Assalamualaikum buat diri sendiri
Sekian lama beta nda buka blog ni, berdebu sudah. Ok slanga Sabah sudah keluar bah..
Saja nak cakap dah hampir empat bulan beta jadi warga UMS. Hmm not bad lah.. Cuma, belum dapat nak cari kawan yang betul2 boleh buat kawan macam kawan beta di Miri sana. Sini, hmm susah la sikit. Nasib baik ada senior2 yg sgt berdrama, yg mana aku kenal diorang pun dalam Kelab Orator@E dan dalam dunia debat. 

Beta post katsini pun saja tak nak kasi blog beta sunyi dan syahdu, sesyahdu hatiku ini. Kat sini, kau kena jaga iman kau, mata kau, pokoknya semua deh..

Abang aku pesan, boleh join usrah, tapi tengok siapa pembimbingnya dulu. Dan, sampai sekarang aku xjoin mana2 usrah pun. Jadi ahli kelab rakan masjid pun hampir2 nak masuk tapi xjadi. Entahlah. mungkin aku pernah kena dulu kot.. Gara2 aku aktif dgn benda2 usrah bagai ni dulu, takda pun menuju ke jalanNya, makin teruk ukhuwah adalah. Ikut kepala sendiri, semua berebut nak jadi leader, tafsir ilmu al Quran sendiri. Aku bukan nak kondm diorang. Cuma, itu yg aku namapak jugak kat sini. Sorry not sorry. 

Diorang datang dekat dengan kita, dengan cara paksaan yang lembut depa suruh kita masuk usrah. Itu dah ada agenda sendiri dah tu and i hate that..

Ishh malas nak sembang pasal benda tu. Minggu depan dah start final. Stay focus ida, pahtu kau boleh balik Miri. K?

Bah, beta chaww dulu..

Tuesday, 12 May 2015

IamNEETA

Assalamualaikum penduduk seantero dunia ~~~ Sudah agak lama rasanya beta tidak meng-update blog beta. Mujur tidak bersarang.

Hari ni saja ja nak update blog (memandangkan malam nanti kuota tenet nak tamat). Okay nak update pasal apa??

Hmm

Ok hari ni nak story pasal local band yang paling cool dan bercirikan 1Malaysia (chewahh)

Sapa tak kenal IamNEETA band?? cer tunjuk muka kuno kau sikit?? takkan la tak kenal kot?~~

Aku actually memang minat lagu-lagu diorang start dari lagu cover yg diorang buat. Lagu diorang pun memang malar segar. NAk bawa versi rock pun boleh, jazz pun boleh.. Semua masuk lah senang cite ~ Cuma minat aku dekat band ni memuncak bila diorang release lagu Jatuh Cinta.



Awat aku cakap  IamNEETA band ni 1Malaysia? Oklah aku bagi biodata sikit ahli2 diorang.

1. Vokalis - Nama dia Neeta Manisha, umur dalam 21 tahun (setahun tua dari aku). Neeta ni ada darah campuran India, Cina dengan Siam (sebab tu muka comel) and beragama Kristian. Plus, dia anak tunggal. Neeta ni memang mahir dalam lima atau lebih bahasa. Antaranya lah Bahasa Melayu, English, Mandarin, Hokkien dan Thailand (daebak kuasa dua ni). Tak silap aku, dia pernah join satu program dekat NTV7 time belasan tahun, tapi dengar2 dia tarik diri sebab dia gugup. Agaknya lah dah ditakdirkan dia perlu ada geng untuk sama-sama perform dekat stage. Alat muzik yang dia pandai main of course gitar dengan piano.


2. Gitaris Utama - Nama dia Patrick Anohada. Umur dalam 29 tahun ( paling tua lah) and beragama Kristian jugak. Seriously aku minat giler dengan Patrick ni!!! SANGAT-SANGAT!!! hehehehe ~ Patrick ni orangnya cool je. Actually, parents dia asal Filipina, tapi berhijrah ke Kota Kinabalu, Sabah, and akhirnya dia pun lahir dekat situ. Tak hairan lah muka pun memang ada tipikal Filipino sikit. Lepas tu, diorang pindah ke Kedah. So, memang pandai kelako Kedah la ni. Lagipun, dia dah biiasa sambut raya dengan kengkawan Kedah. hehehe Patrick ni jenis yang cepat berdikari tau. Hobi dia pun suka memasak (eksperimen masakan). Lagi satu habit si Patrick ni. Dia jarang nak sisir rambut! Even rambut dia panjang, tapi still nampak kemas. Haa yang macam ni bagus! Dalam band diorang, dia ni bertindak sebagai abang kepada adik-adiknya (Neeta dan Anas). Also, dia ni pekerja full time dekat NAR Records sebagai Sound Engineer dan penulis lirik (semua lagu-lagu IamNEETA ni digarap oleh si Patrick). Kalau nak belajar gitar dekat Patrick, search je dekat youtube or subscribe NARtvnetwork.

3. Pemain Bass Guitar - Nama dia Anas, and umur dia 22 tahun. Tak silap aku dia study dekat UniKL. Anas ni pun boleh tahan nakal. Kalau Neeta, mulut memang tak berhenti bercakap, si Anas ni pulak jenis kontrol handsome and karakter dia huh boleh tahan! Bak kata Patrick lah hahahaha Tak banyak yang aku tahu pasal si Anas ni (sebab aku fokus dekat si Patrick je hehehe)


Dalam banyak2 cover yang diorang buat, aku sangat suka cover Relakan Jiwa dengan Red. Susunan muziknya aduhai sangat kreatif! Lebih-lebih lagi digarap oleh si Patrick. So, bawah ni aku sertakan link2 lagu yang diorang cover YANG aku suka la ~~ hehehe selebihnya, mohon cari sendiri (hehehehe)

Cover from IamNEETA band :

1. Rolling in the Deep - https://www.youtube.com/watch?v=Uv9-FKb-C1Q
2. Wish You Were Here - https://www.youtube.com/watch?v=F1DT-HlbaLY
3. Set Fire to the Rain - https://www.youtube.com/watch?v=h-oPQG1TKXA
4. Someone Like You - https://www.youtube.com/watch?v=zne815dIZK0
5. Relakan Jiwa - https://www.youtube.com/watch?v=KOiYdRCfXF8
6. Hanya Kau yang Mampu - https://www.youtube.com/watch?v=3Ju1Mrmn-yM
7. Red - https://www.youtube.com/watch?v=jpFubVCNI9k
8. Say Something - https://www.youtube.com/watch?v=YoILlHSI5VE

# Selebihnya korang search sendiri ye. Hehehe

Okay yang bawah ni pulak lagu asal band IamNEETA  :

1. Tuhan Tolong Aku - https://www.youtube.com/watch?v=p4hU38Jrp-Y
2. Terima Kasih - https://www.youtube.com/watch?v=-sdHPD8lt9o
3. Jatuh Cinta - https://www.youtube.com/watch?v=GFzjjdP_XIg
4. Kau pergi Jua (ft Najwa Latiff) - https://www.youtube.com/watch?v=WFO4acvJPNc
5. Marry Me - https://www.youtube.com/watch?v=Br_ycfiiDvw *peberet song ni*
6. Hari Raya - https://www.youtube.com/watch?v=NnqTib39sao

Link bawah ni pulak tentang journey diorang ke Miri, Sarawak ( hometown aku doe heheh ) waktu Honda Family Trip. Sian la Neeta tak sempat merasa Ayam Pansuh huhu. Diorang ni memang awesome sebab sempat lagi dorang join geng2 busking dekat bandaraya Miri nyanyi sama-sama! Woohaaa !!

https://www.youtube.com/watch?v=rlhXnDyTNiI #

Okay cukup kot sampai sini jap. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang IamNEETA Band, korang boleh follow or like page diorang.

1. Instagram : iamneeta3
2. Twitter : iamneeta3
3. Facebook : iamneetaband

Or boleh follow personal account diorang (setakat yang aku tahu la) :D

1. Facebook : Patrick Anohada (Patrick), Anas Zakwan (Anas)
2.Instagram : superteenfreak (Neeta), patrickanohada (Patrick), gracinazyupi (Anas)
3. Twitter: PatrickAnohada (Patrick), neeta_manishaa (Neeta), anas_zakwan (Anas),
4. Blog : patrickanohada.blogspot.com

Jangan lupa jugak, subscribe NARtvnetwork jugak ye :)

Okay, aku blahh dulu. Sebelum tu, Aku sediakan lirik lagu Marry Me, single terbaru diorang. Assalamualakum yawww !!


We ran out of time now,
Trap in the wind now,
No change when the fate came,
I'm running like hell,
I wrote black and blue but i see,
All bloody red.

It shouldn't be like this,
Now's not the ending,
Show me your love, love, love~
It might be the end but i'm not,
Losing you now.

Marry Me ..
Marry Me ..
Stay with Me ..
Live with Me ..
Oh ~~~~

It shouldn't be like this,
Now's not the ending,
Show me your love, love, love ~
One step to the end but i'm not,
Losing you now.


Sunday, 12 April 2015

Putus Asa dalam Ujian Buatan Manusia?

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia..

Huh kechiwa menangeh aek mata darah weyy ~~ Pasai pa?

Sebab aku isi UPU Online semberono!! Dah lah tak dapat nak kemaskini (sebab line lembab haramjadah) . Aku isi pun dekat library (limit masa sejam). Apa lagi, tergesa-gesa aku isi. Balik je rumah, ayah aku marah tegur "kenapa tak tunggu ayah balik baru nak isi?"

Aku apa lagi? Tersipu sipu malu hahahaha. Sebelum aku isi UPU Online, aku ada lah jugak try nasib pergi website Universiti Malaya mohon dekat sana. Pun ayah aku marah tegur jugak sebab keempat empat pilihan tu semua aku letak program Pengajian Bahasa Melayu. Cuma lain-lain bidang lah, Ada yang Kesusasteraan Melayu, Sosiobudaya Melayu and dua lagi aku tak ingat.

Actually aku putus asa jugak nak isi upu bagai ni. Waktu aku habis form five (tak silap aku tahun 2012) kemain kemaruk nak masuk uni ambil diploma. Isi punya isi tak dapat. Matriks pun sama. Isi punya isi tak ada hasil jugak. Last-last, ayah suruh aku masuk Form Six.

And Alhamdulillah pengajian pom six aku memang tak mengechiwakan. Sebab aku aliran sastera. Yang bezanya, STPM kali ni adalah sistem modular. Setiap enam bulan akan ada exam. Thats mean kitorang ada tiga Semester lah (setahun setengah)

Walaupun aku budak sastera, subjek pun orang tengok senang tapi hakikatnya resultnya macam tu jugak lah. Tak segempak mana.



Hasil keputusan STPM sebenar aku, aku cuma dapat pointer 4.00 2.84 je. Ha ni overall result aku :

1. Pengajian Am - B
2. Bahasa Melayu - A-
3. Sejarah - B-
4. Pengajian Perniagaan - C

Obviously, yang mencacatkan result aku adalah PP (sebab aku tak suka subjek berniaga ni, kalau subjek akaun aku boleh lah hadam). And, subjek BM tu aku dah boleh dapat full A sebenarnya. Tapi, disebabkan Sem 3 aku aktif sangat (join pertandingan bahas punya pasal) aku dapat C+ !! Sedangkan Sem 1 dgn Sem 2 cantik dah dapat A penuh.

Sedihhhhh


Tapi, nak buat macam mana kan ~~ redha je lah ..

Terkadang jalan perjuangan kita tidak semestinya dihamparkan permaidani indah. Kalau ada sekalipun, pasti di atas permaidani tersebut ada paku-paku kecil. Kalau kita dapat elak, baguslah. Tapi, kalau tak dapat? Tantu kita kesakitan dan tak dapat teruskan perjalanan.

Kalau setakat ujian dunia yang direka oleh manusia sendiri waima kita gagal sekalipun, jangn sedih. Sebab, Allah dah katakan pada kita ilmu akhirat itu lgi penting. ;")



Teringat kata-kata sahabat aku, Tok Wan. Segala yang kita pelajari di sekolah ataupun universiti tu bukannya ilmu, tapi ia adalah maklumat. Kalau nak cari ilmu yang sebenarnya, Al Quran dan Hadis dalah sebaik-baik ilmu.


Dunia ni pun ibarat tempat persinggahan dan kita pulak adalah sang musafir. Tugas kita yang sebenarnya adalah untuk cari bekalan sebanyak yang mungkin untuk kegunaan kita dekat akhirat kelak.

Sampai sekarang, aku ingat pesan abang aku. Kalau nak berjaya, kena utamakan Allah dulu. 

Aku pun hampir-hampir putus asa sebab tak pernah dapat result gempak (salah aku jugak, tak belajar betul-betul). Tapi, kenapa kita harus fed up terlalu cepat? 

Check balik hubungan kita dengan Allah? Rapat kah? Ke ingat Allah waktu susah je? Atau tak ingat langsung?

So, kena ingat. kita kejar ilmu Allah sebab kita ini hamba Allah. Nak syurga kan? hehehe 

Tak payah risau sangat kalau tak dapat masuk U ke, tak dapat further study ke. Allah dah sediakan perancangan lebih baik untuk kita tau. So, sentiasa lah bersyukur ~~


Alright sekian untuk hari ini. Assalamualaikum ;)